Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 11, 2012

Mati terbaring atas katil bilik

 SEPANG - Naluri seorang ibu yang berasa tidak sedap hati selepas anak lelakinya gagal dihubungi sejak kelmarin terjawab apabila pemuda itu ditemui mati dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan PP 2/22, Taman Putra Perdana..

Mayat jurutera komputer di Cyberjaya, Selangor, Loh Min Lee, 36, ditemui pada pukul 6 petang oleh ibunya yang bergegas ke rumah mangsa selepas merasakan sesuatu telah menimpa anaknya. Mangsa tinggal bersendirian di rumah teres dua tingkat itu.
Difahamkan, ibu bapa mangsa yang tinggal di kawasan berhampiran biasanya pergi ke rumah mangsa setiap hujung minggu bersama pembantu rumah untuk membersihkan kediaman berkenaan.
Ketika ditemui, mayat Min Lee terbaring di atas katil di bilik tidur utama di tingkat atas.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis