Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Mangsa patukan ular fobia

image (2)

PASIR MAS – Patukan ular senduk pada betis kiri seorang petani dari Kampung Kiat, Lati, 20 Jun lalu mengubah kehidupannya menjadi fobia dengan persekitaran berumput panjang dan tahap kesihatannya juga turut terganggu.

  image (1)

Yahaya Daud, 55, berkata, kejadian berlaku begitu pantas sehingga dia langsung tidak menyedari ular berkenaan berbelit pada lidi basikalnya.
Katanya, pada hari kejadian, dia menolak basikal untuk pulang setelah melihat waktu hampir Zohor, bagaimanapun usahanya gagal.
Yahaya tidak dapat menolak basikalnya yang agak berat dan tidak dapat digerakkan, malah tidak terlintas di fikirannya untuk memeriksa puncanya.

Setelah beberapa kali mencubanya dia tetap gagal, dan secara tiba-tiba Yahaya merasakan patukan ular mengenai betisnya.
“Setelah sedar itu merupakan patukan ular, saya terus mengikat bahagian atas lutut dan berlari pulang sambil menahan kesakitan.
“Sebaik tiba di rumah, saya memaklumkan kejadian kepada isteri yang kemudiannya membawa saya ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Yahaya berkata, dia kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Menurutnya, dia tidak sedarkan diri selama empat hari ketika dirawat di HPRZII dan turut ditahan dua minggu di wad hospital berkenaan.
“Walaupun dari luarnya nampak pulih, tetapi bahagian terkena patukan ular ini kerap kebas dan saya tidak dapat bekerja seperti biasa.
“Sekarang agak jarang saya ke kebun, kalau pergi pun saya kerap melihat dan  memerhatikan kawasan persekitaran, terutama jika rumput panjang,” katanya.
Yahaya berkata, doktor mengambil daging pada bahagian pahanya dan ditampal pada tempat luka kesan patukan ular yang agak luas bagi membolehkan lukanya sembuh.
Kejadian berkenaan membolehkan Yahaya menerima wang RM3,000 dari Tabung Bantuan Serangan Binatang Buas yang disampaikan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat N27, Ibrahim Mamat di kediamannya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis