Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 31, 2012

Mahligai di kaki bukit gondol

 KUALA LUMPUR – Insiden tanah runtuh yang menyebabkan 30 unit banglo dan 76 buah rumah teres di Puncak Setiawangsa, Taman Setiawangsa terjejas pada Jumaat lalu seharusnya membuka mata pihak berkuasa untuk turut memberi perhatian kepada beberapa kawasan perumahan lain di kawasan cerun yang mungkin berisiko untuk mengulangi bencana yang sama
.
Tinjauan Kosmo! di sekitar ibu negara semalam mendapati ada banyak lagi projek perumahan yang dibina di kawasan cerun seperti di Bukit Antarabangsa, Taman Ukay Perdana, Kampung Sungai Penchala dan Taman Templer di Selayang.
Semua kawasan itu perlu diberi perhatian kerana gambar-gambar yang dirakamkan Kosmo! semalam menunjukkan ia terdedah kepada risiko tanah runtuh terutamanya ketika berlaku hujan lebat.
Walaupun sehingga kini kawasan-kawasan tersebut masih bebas daripada sebarang kejadian yang tidak diingini, namun jika tiada sebarang langkah keselamatan diambil, sesuatu yang tidak diingini mungkin melanda kawasan yang berisiko itu.
Antara kawasan yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah runtuhan cerun bukit di Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana yang begitu dekat dengan kawasan kediaman dan ia mungkin boleh menjejaskan keselamatan orang ramai sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
Runtuhan di cerun bukit itu berlaku pada tahun lepas dan kesan runtuhan hanya ditutupi dengan kanvas yang telah koyak serta reput. Tembok batu yang dibina dilihat terlalu kecil untuk menghalang hakisan tanah.

No comments:

Post a Comment

ShareThis