Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 11, 2012

Lelaki tempang antara tiga suspek diburu polis

 SHAH ALAM - Polis sedang memburu tiga suspek termasuk seorang lelaki tempang dikenali sebagai Sivan yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri peralatan milik sebuah hotel di Equine Park Bandar Putra Permai, Seri Kembangan yang dilaporkan pada 4 Oktober lalu
.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian itu, peralatan yang hilang ialah alat pemancut air, pemanas air, selimut dan bantal dianggar bernilai RM5,000.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas dua lelaki bersama seorang wanita mendaftar masuk ke bilik hotel bernombor 202 atas nama Sivan, 33, pada pukul 11.24 malam 29 September lalu.
"Pada keesokan harinya iaitu pukul 6.39 pagi, lelaki tempang ini mendaftar sebuah bilik lagi bernombor 208 dengan alasan untuk abangnya menginap.
"Bagaimanapun, pada 1 Oktober pukul 12 tengah hari, kakitangan hotel yang masuk ke dalam dua bilik tersebut untuk kerja-kerja pembersihan mendapati beberapa barang hilang dan disyaki dicuri oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam
Sumber :Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis