Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 6, 2012

Lelaki maut kereta terbabas, terbalik

images

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Honda dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 108.5 Lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh, semalam

.Mangsa dikenali sebagai Mohd Aizat Syahmi Mazlan, 23, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh akibat kecederaan parah dialaminya.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.
“Tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang kecil di kiri jalan dengan keempat-empat tayar di atas.
“Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan dikejarkan ke Hoshas,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan, semalam.
Mohamed Fauzi berkata, mangsa yang cedera parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital terbabit.
Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Bachok, Kelantan itu dibedah siasat di hospital sama.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis