Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 16, 2012

Lagi kes tembak di AS, lelaki lepas 50 das

image

NEWPORT BEACH, California - Sementara Amerika Syarikat (AS) masih belum keluar daripada kejutan tragedi 27 mati ditembak, seorang lelaki melepaskan 50 tembakan di tempat letak kereta di sebuah pusat membel-belah di selatan California, semalam

.Tiada sesiapa pun cedera dalam kejadian itu, yang berlaku sehari selepas tragedi di sebuah sekolah rendah di Newtown, Connecticut.
Polis telah menahan suspek Marcos Gurrola, 42, yang melepaskan tembakan ke udara dan lantai di pusat membeli-belah Fashion Island.
Jurucakap polis Newport Beach, Cathy Lowe berkata, beberapa kedai di pusat membeli itu menutup operasi masing-masing secara sukarela sementara polis menjalankan siasatan.
Pusat membeli-belah itu penuh dengan pelanggan yang sibuk membeli-belah sebelum cuti Krismas.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis