Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, December 5, 2012

Kuala Pilah dilanda banjir kilat

ne_11.1

KUALA PILAH – Seramai 25 penduduk di sekitar kawasan Senaling dan Johol dekat sini dipindahkan buat sementara selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat petang kelmarin

.Hujan lebat selama dua jam bermula pukul 5 petang itu menyebabkan beberapa rumah ditenggelami air hampir satu meter.

Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Dangi, Kampung Geduhum, Kampung Air Taling, Kampung Yu dan Kampung Dioh.

Banjir kilat itu menyebabkan 25 penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Dangi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau telah meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat menghantar beberapa keperluan kepada mangsa banjir.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis