Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 9, 2012

Ketua Geng Tikus dicekup

image (8)

JOHOR BAHRU – Kelicikan ketua Geng Tikus yang aktif dalam sindiket samun berkumpulan sekitar bandar raya ini akhirnya tewas juga apabila lelaki itu ditangkap polis dalam satu serbuan di Taman JP Perdana, , pada Isnin lalu, kira-kira jam 2.30 petang.

Ia susulan siasatan polis berhubung laporan berhubung kejadian samun bersenjatakan parang membabitkan tiga lelaki di sebuah kediaman di Jalan Pinang, Taman Daya, di sini, pada 11 November lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, hasil laporan terbabit, polis melakukan serbuan seterusnya menahan tiga lelaki berumur di antara 29 hingga 40 tahun, termasuk ketua geng berkenaan.
“Semakan rekod kesalahan, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
“Mereka direman selama seminggu sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, kelmarin.
Katanya, dengan tertangkapnya ketua sindiket berkenaan, polis percaya dapat menahan saki-baki ahli kumpulan berkenaan. 
Selain itu, polis turut menahan tujuh ahli kumpulan itu di Kuala Lumpur.
Mohd Mokhtar berkata, polis turut merampas pelbagai barangan iaitu enam komputer riba pelbagai jenama, dua televisyen LCD, dua skrin komputer, 10 telefon bimbit dan 36 utas jam tangan pelbagai jenama. 
Sementara itu, dalam kes berlainan, polis menahan dua lelaki berumur 26 dan 28 tahun serta merampas sebuah kereta termasuk sepasang gari.
Salah seorang suspek merupakan individu dikehendaki di bawah kesalahan mencuri kenderaan.
Beliau berkata, anggota polis yang sedang membuat rondaan mengesan kenderaan mewah dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di Jalan Belantara, Taman Ungku Tun Aminah, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari pada 30 November lalu.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati ia mempunyai rekod telah disamun di Negeri Sembilan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kesemua suspek direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis telah berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di kawasan Johor Bahru Utara,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis