Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 3, 2012

Keluarga dakwa doktor cuai punca ibu koma

ne_08.1

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang suri rumah untuk bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah tidak kesampaian apabila wanita itu kini koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) didakwa gara-gara kecuaian doktor.

P. Amardavalay, 52, dari Jalan Merdeka CAB Kuarters RG4, Bestari Jaya, Selangor disahkan koma oleh doktor dan peluang untuk hidup tipis.

Anaknya, S. Maheswari, 22, mendakwa, ibunya berkeadaan normal ketika dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan pada 27 November lalu kerana gastrik sebelum pegawai perubatan mengesahkan dia menghidap penyakit paru-paru berair, selesema teruk dan perlu diberi rawatan.

Maheswari mendakwa, doktor dan jururawat yang merawat ibunya cuai apabila memberi suntikan antibiotik yang menyebabkan alahan dan tidak sedarkan diri.

"Kami melawat ibu keesokan harinya dan terkejut apabila diberitahu ibu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana koma akibat kerosakan otak dan hati,

Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis