Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, December 5, 2012

Kastam rampas wang kertas lebih 1.8 juta

du_03.1
PARIS - Dua lelaki Cina ditangkap di sebuah pos pemeriksaan Perancis dekat bandar Strasbourg pada bulan lalu bersama wang tunai lebih 1.8 juta Euro (RM7.1 juta) yang disembunyikan di tempat duduk kereta mereka, kata Kastam Perancis.

Wang tunai itu ditemui semasa pihak kastam melakukan pemeriksaan di plaza tol lebuh raya A4 di Schwindratzheim.
Sebanyak 38,000 keping wang kertas dengan nilai 20, 50, 100, 200 dan 500 Euro dirampas dari ruang rahsia tempat duduk belakang kereta Audi A6 yang dinaiki oleh mereka.
Tangkapan tersebut dibuat pada 11 November lalu tetapi kastam Perancis mengumumkannya semalam ekoran kes tersebut masih disiasat.
Kedua-dua lelaki berkenaan mendakwa mereka sedang dalam perjalanan ke Vienna untuk bercuti.
Suspek yang berketurunan Cina tetapi menetap di Portugal kini ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan wang tersebut. -
Kosmo






No comments:

Post a Comment

ShareThis