Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 31, 2012

Jururawat maut, dua daripada tiga anaknya cedera

 KUALA KUBU BHARU - Seorang jururawat dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) maut dalam kemalangan di Kilometer 431.4 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi semalam
.
 ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta Perodua Alza dinaiki mangsa bersama suami dan tiga anaknya terbabas serta melanggar besi pengadang jalan.

“Siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada tayar depan sebelah kiri kereta dinaiki sekeluarga itu pecah menyebabkan pemandunya, Binorizam Basri, 34, gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan melanggar besi pengadang jalan sebelah kiri.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa, Norhamiza Abd Rani, 34, maut di tempat kejadian manakala dua daripada tiga anaknya cedera,”
  anak mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Sementara itu, ibu mangsa, Rahmah Itam, 55, bersama suami tiba di Unit Forensik HKKB untuk menuntut jenazah anaknya.

Turut menziarahi mangsa, rakan sekerja serta pegawai dan kakitangan Perodua yang juga rakan sekerja suami Norhamiza yang bekerja sebagai eksekutif di bahagian pengedaran di Kilang Perodua, Sungai Choh.

Rahmah berkata, ketika kejadian anaknya dalam perjalanan kembali ke kediaman mereka di Cheras, Kuala Lumpur setelah menghabiskan cuti seminggu di kampung halaman di Jitra, Kedah.

“Mereka bertolak kira-kira jam 10 malam tadi (kelmarin) kerana bercadang berehat seketika sebelum memulakan kerja malam nanti (semalam).
  jenazah  dibawa pulang ke Jitra untuk dikebumikan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis