Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 16, 2012

Jalan raya jadi port lumba

image

KLANG SELATAN - Tindakan segelintir mat rempit menjadikan Persiaran Raja Muda Musa sebagai litar lumba terutamanya pada malam minggu mengundang kemarahan orang awam yang turut mengganggu lalu lintas di laluan berkenaan.

Pengadu, Mohamad Said, 46, berkata, setiap kali melalui laluan itu terutamanya pada awal pagi, dia pasti bertembung dengan sekumpulan remaja yang membawa motosikal dengan aksi merbahaya.
“Kita khuatir dengan keselamatan pengguna laluan itu di mana pelbagai kejadian tidak diingini boleh berlaku terutamanya kemalangan sama ada pemandu kenderaan melanggar remaja itu atau dilanggar motosikal dinaiki remaja itu.
“Situasi ini sudah lama berlaku dan hingga kini ia masih berlarutan walaupun pelbagai langkah telah dilakukan pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, tidak tahu di mana silapnya perbuatan itu sukar ditangani dan berharap pihak berkuasa memperhebatkan operasi dalam mencegah aktiviti kurang sihat itu yang turut membahayakan nyawa remaja itu sendiri.
Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Trafik Klang Selatan, Inspektor Zulkifli Hashim ketika diminta mengulas aduan awam itu beliau berkata, polis di Bahagian Penguat Kuasa Klang Selatan sering mengadakan operasi cegah lumba haram terutamanya pada setiap malam Sabtu, Ahad dan juga malam cuti umum.
Menurutnya, operasi itu bermula jam 8 malam hingga 5 pagi melalui pembahagian dua syif membabitkan 30 anggota.
“Polis sentiasa berusaha mencegah aktiviti lumba haram oleh remaja bukan sahaja di Persiaran Raja Muda Musa malah membabitkan beberapa lokasi lain termasuk Shapadu, Rantau Panjang dan juga Lebuhraya Kesas.
“Walaupun aktiviti itu masih berterusan, tetapi sejak operasi dijalankan, aktiviti itu secara keseluruhannya di kawasan Klang Selatan semakin berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti rempit di sini adalah kes terpinggir dan ia bukan membabitkan mat rempit tegar atau mempunyai sindiket atau kumpulan yang besar.
“Kebanyakan yang berlumba di sini adalah remaja yang melepak di padang Kompleks Sukan Pandamaran dan menjadikan aktiviti itu sekadar suka-suka bukannya serius.
“Namun begitu, kita tetap memberi perhatian ke atas aktiviti remaja itu dan kita mengalu-alukan aduan daripada orang awam dalam memberikan kerjasama bersama polis untuk tujuan pencegahan,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis