Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Hilang selepas ditegur ibu

image

ALOR GAJAH - Gara-gara ditegur oleh ibunya kerana kerap berbual di laman sesawang, seorang remaja berusia 17 tahun menghilangkan diri dari rumah, empat hari lalu

.Muhammad Azrul Hisham Asri didapati keluar dari rumah kira-kira jam 9.45 malam, Isnin lalu.
Ibunya yang hanya ingin dikenali sebagai Nora, 37, berkata, pada petang Isnin lalu, dia menegur sikap anak sulungnya itu yang terlalu leka  di hadapan komputer riba sebelum menyedari anaknya hilang pada malam hari sama.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama anak bongsunya keluar ke pekan dan pulang ke rumah pada jam 9.45 malam.

"Pada waktu itu, saya menyedari Azrul tiada di rumah sementara anak kedua, Tun Abdul Razak Zainudin, 14, berada di biliknya.
"Azrul didapati tidak membawa apa-apa kerana telefon bimbitnya masih dalam simpanan saya," katanya.
Katanya, sebelum kehilangan anaknya itu, dia menyedari Azrul ada berborak di laman sesawang dan memaklumkan kepada rakan alam mayanya itu untuk ke Johor Bahru.
"Beberapa hari lepas, Azrul kelihatan gelisah dan banyak mendiamkan diri. Apabila ditanya, dia memberitahu hanya menggunakan komputer riba untuk hiburan semata-mata.
"Saya tidak sangka dia sanggup melarikan diri hampir seminggu kerana sebelum ini dia pernah juga keluar rumah beberapa hari, namun masih dapat dihubungi dan pulang ke rumah semula," katanya.
Lebih membimbangkan katanya, anaknya itu baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan masih dalam rawatan berikutan cedera parah di perut.
"Saya bimbangkan keselamatan Azrul lebih-lebih lagi dia perlu mencuci luka di perut selain memerlukan rehat untuk pulih sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan seorang remaja dari rumah sejak malam Isnin lalu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis