Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 9, 2012

Hasrat sertai konvoi ke Pulau Pinang tidak kesampaian


BUKIT BERUNTUNG - Hasrat seorang pemandu peribadi sebuah syarikat swasta, Mohd Kamali Mohd Daud, 40, berkonvoi motosikal berkuasa tinggi tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan, pagi semalam
.
Rakannya, Shahrulnizam Ahmad, 35, berkata, kejadian itu tidak disangka berlaku ketika mereka dalam perjalanan konvoi ke Pulau Pinang.

“Sebelum itu (pada malam sebelum kejadian) kami ada beritahu akan berkonvoi ke Pulau Pinang tetapi dia kata tak dapat ikut sebab hendak ke majlis kenduri adik iparnya di Slim River, Perak.

“Tapi, pagi tadi (semalam) dia ada hubungi rakan kami dan beritahu hendak pergi bersama selepas majlis kenduri tersebut serta bergerak lebih awal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, arwah mendahului kumpulan konvoi ketika mereka berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang.

"Saya terkejut apabila mendapati kemalangan yang berlaku hanya beberapa kilometer daripada R&R tersebut melibatkan rakan sendiri," katanya.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu apabila ahli keluarga arwah Mohd Kamali tiba menuntut jenazahnya.

Turut berada di hospital tersebut isteri arwah, Hasniza Chin, 40, bersama tiga anaknya, wakil majikan dan beberapa rakan sekerja.

Rakan sekerja arwah yang enggan dikenali, berkata, Mohd Kamali bekerja sebagai pemandu peribadi sejak 18 tahun lalu dan malam kelmarin adalah kali terakhir dia menemui arwah.

“Malam tadi (kelmarin) kami minum bersama selepas menghantar majikan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ketika kami hendak membayar minuman, arwah menghalang dan dia ada cakap ‘ini kali terakhir saya belanja kamu’
Sumber ; Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis