Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 25, 2012

Harta milik bekas Presiden Tunisia dilelong

 TUNIS - Pihak berkuasa Tunisia melelong harta rampasan milik bekas Presiden negara ini, Zine El Abidine Ben Ali.
Antara yang dilelong itu ialah sepasang patung emas berkepala singa, sebatang pen yang diselaputi berlian dan 39 buah kereta mewah.
Sebahagian barang itu dipamerkan di Gammarth dan Tunis.
Beberapa pegawai berharap, lelongan itu akan memperoleh sebanyak AS$12.9 juta (RM39.48 juta).
Antara yang dilelong ialah sebuah kereta Mercedes milik anak saudara Ben Ali.
Menurut seornag ahli jawatankuasa rampasan itu, Mohammed Lassad Hamayed, kereta tersebut buatan tangan yang melibatkan kos AS$2.6 juta (RM7.95 juta).
Beliau berkata, hanya pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI yang memiliki salah sebuah kereta tersebut.
Ben Ali yang dianggap pemerintah yang korup meletakkan jawatan pada Januari 2011 selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya dilancarkan penduduk tempatan.
Beliau kemudian hidup dalam buangan bersama isterinya, Leila Ben Ali.
Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis