Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 6, 2012

Guna helah ke tandas

image (1)

KUALA TERENGGANU – Tindakan bijak seorang penuntut kolej swasta di Kuantan menggunakan helah untuk ke tandas berjaya selamatkan dirinya daripada jadi mangsa rogol dalam kejadian di dalam sebuah bilik hotel di bandar raya di sini, pada 24 Oktober lalu

.Tertuduh, Azizan Nazri, 26, yang semasa kejadian hanya memakai seluar dalam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas mengaku bersalah cuba merogol mangsa.

Azizan dari Jalan Sultan Sulaiman, di sini, didakwa di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Nazri di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam rayuannya, Azizan memohon dikenakan hukuman ringan kerana sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Berdasarkan fakta kes, Azizan yang juga bekas pekerja di hotel berkenaan telah menyelinap masuk ke dalam bilik menggunakan kunci pendua semasa mangsa sedang tidur, kira-kira jam 4.15 pagi.
Azizan yang ketika itu hanya berseluar dalam memegang kedua-dua bahu mangsa, menyebabkan mangsa terjaga dan cuba melepaskan diri tetapi gagal.
Mangsa kemudian menggunakan helah untuk ke tandas sebelum hubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis