Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 6, 2012

Dua maut, lima parah kemalangan di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi

ne_07.1

DUNGUN – Dua wanita maut manakala lima orang termasuk seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk berkhatan cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Petronas Jerangau semalam.

Kemalangan pada pukul 9 pagi berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki empat orang termasuk kanak-kanak yang mahu berkhatan, Tarmizi Ismail, 11, dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari Kampung Jerangau Sungai menghala ke bandar Dungun untuk berkhatan.

Rempuhan itu menyebabkan ibu saudara Tarmizi, Zainun Awang, 50, maut di tempat kejadian manakala suami Zainun, Zulkifli Mamat, 53, dan ibu Zainun, Gayah Awang, 45, pula cedera parah.

Seorang lagi yang terbunuh dalam kejadian itu ialah penumpang kereta Honda Civic, Suzlina Ahmad, 40, manakala anak Suzlina, Mohd. Ridwan Badiozaman, 21, (pemandu) dan anak saudaranya, Norfatikah Samsudin, 17, mengalami kecederaan parah.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis