Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 7, 2012

Dirogol lelaki menyamar polis


ALOR GAJAH - Gara-gara dilihat berdua-duaan bersama teman lelaki, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah,  dirogol berulang kali oleh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di gelanggang futsal,  pagi kelmarin.
 dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa bersama teman lelakinya didatangi dua lelaki bermotosikal yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

 kedua-dua lelaki berkenaan meminta mangsa menunjukkan MyKad untuk pemeriksaan saringan.
"Mangsa yang terkejut dengan kedatangan dua lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis itu merayu supaya dilepaskan namun tidak diendahkan.

"Mereka merampas telefon bimbit dan meminta mangsa serta teman lelakinya mengikut ke Balai Polis Alor Gajah. Mangsa diminta untuk membonceng motosikal salah seorang daripada lelaki terbabit," katanya.

Menurut sumber, berikutan takut diambil tindakan, mangsa menurut sahaja manakala teman lelakinya membonceng motosikal seorang lagi lelaki berkenaan.
"Walau bagaimanapun mangsa kemudiannya dibawa ke gelanggang futsal sebelum dicabul dan dirogol berulang kali oleh lelaki terbabit.

"Lelaki itu kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah dan menghilangkan diri. Mangsa bertindak memaklumkan kejadian kepada keluarganya
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis