Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 7, 2012

Dirogol lelaki baru dikenali


TAMPIN – Seorang gadis berusia 20-an yang menetap di sini berdepan detik mencemaskan dalam hidupnya apabila dia diculik pada 28 November lalu dan dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya sebelum dia berjaya melarikan diri 3 Disember lalu di Dungun, Terengganu
.Dalam kejadian 28 November lalu, bapa gadis malang berkenaan berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya yang dalam keadaan cemas.

Kali terakhir anaknya dilihat ialah pada 6 petang, 28 November lalu yang mahu keluar berjalan-jalan dengan lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu.

 susulan kerjasama orang awam dalam membantu gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dungun, lelaki yang baru dikenalinya itu berjaya ditangkap pihak polis pada hari sama mangsa berjaya melarikan diri.

“Pada 3 Disember, suspek iaitu seorang lelaki berusia 20-an meninggalkan mangsa di dalam kereta yang masih belum dimatikan enjinnya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM di Dungun, Terengganu.
“Bagaimanapun, mangsa yang menyedari dia mampu menyelamatkan diri telah bertindak melarikan kereta Perodua Kancil berkenaan dan memohon bantuan orang awam untuk bertanyakan lokasi balai polis berhampiran,
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis