Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 9, 2012

Dentuman belakang kereta


BUKIT BERUNTUNG - "Ada motosikal langgar kereta yang saya pandu, tapi peliknya tiada penunggang," kata Mohd Rafiq Farid, 25, saksi kemalangan maut di Kilometer 426.5 Lebuh Raya Utara Selatan, pagi semalam
.
Mohd Rafiq berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu memberhentikan Proton Iswara dipandunya dan melihat penunggang motosikal Suzuki GSX750 berkenaan sudah terbaring.

"Mangsa dilihat terbaring tepi jalan bersebelahan besi pengadang lebuh raya kira-kira 100 meter daripada kedudukan motosikal terbabit.

"Ada kemungkinan mangsa tercampak selepas melanggar kereta dan sebab itulah saya nampak motosikal tiada penunggang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Asmi Yahya Affandi berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi, berhampiran susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung arah Ipoh melibatkan dua kenderaan.

"Siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa, Mohd Kamali Mohd Daud, 40, yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Ipoh hilang kawalan dan melanggar belakang kereta dipandu Mohd Rafiq.

“Mangsa yang tercampak ke bahu jalan itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis