Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 4, 2012

Datanglah jenguk saya, ayah’

image (7)

BAGAN AJAM, Pulau Pinang  – Seorang anak merayu dan menagih kasih bapa untuk hadir menemani dan memberi sokongan moral kepadanya bagi menghadapi pembedahan yang bakal ditempuh dalam masa terdekat

image (8)

Nursyuzana Mohd Huzairi, 11, berkata, dia kini bimbang dan takut kerana tidak mempunyai kekuatan menghadapi pembedahan di hidung dan tekak akibat ketumbuhan.
Menurutnya, usaha menjejaki ayahnya, Mohd Huzairi Md Isa, 36, selama ini menemui jalan buntu.
“Saya resah memikirkan keadaan itu kerana saya amat memerlukan kehadiran dan sokongan ayah untuk menghadapi situasi getir ini.
“Datanglah jenguk saya di Hospital Bukit Mertajam sebelum saya menjalani pembedahan pada 6 Disember ini sebagai tanda sokongan, selain dapat menjadi kekuatan saya menghadapinya,” katanya.
Mengikut rekod, dia akan mula memasuki wad Hospital Bukit Mertajam hari ini untuk menjalani beberapa prosedur sebelum menjalani pembedahan Khamis ini.
Nursyuzana ialah anak kedua hasil perkongsian hidup pasangan Mohd Huzairi dan Nurshila Suid, 35, sebelum ibu bapanya bercerai hampir tiga tahun lalu.
Kini, dia tinggal bersama abangnya, Hafiz Ikhmal, 14, dan ibunya seorang pembantu kedai makan di Kampung Bagan Lebai Tahir.
“Saya bukan hendak bantuan bapa dari segi kewangan, tetapi hanya mahukan perhatiannya dengan sedikit kasih sayang sebelum pembedahan itu,” katanya penuh harapan.
Nursyuzana berkata, penyakit ketumbuhan di dalam hidung yang dihadapinya itu dikesan semasa ibu bapanya masih belum bercerai lagi.

“Bapa pernah membawa saya mendapatkan rawatan sebelum ini dan dia juga tahu bagaimana kesannya hingga menjejaskan tahap kesihatan saya.

“Saya merayu kepada bapa untuk muncul dan bertemu saya jika benar dia masih sayang dan menganggap saya sebagai anaknya sebelum pembedahan ini,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis