Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 6, 2012

Curi telefon, lelaki baru kahwin dijel 3 bulan

image (1)

TERENGGANU - Seorang pemuda yang baru memegang status suami dua minggu lalu, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM399 pada 24 November lalu

.Bukan itu sahaja, tertuduh, Muhammad Firdaus Nuqiahbullah Muhamad, 23, turut berdepan hukuman penjara dua bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh yang berasal dari Kampung Banggol Tuan Muda, di sini, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Muhammad Firdaus Nuqiahbullah mengaku mencuri sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Young bernilai RM399 di Kedai Suria SRS Enterprise, Kampung Pagar Ubi, Tepoh, di sini, kira-kira jam 5.30 petang pada 24 November lalu.

Dengan itu, dia yang bekerja sebagai pemandu itu mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Muhammad Firdaus Nuqiahbullah tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berusia 14 tahun yang ketika itu menjaga kedai milik bapanya, didatangi tertuduh yang berpura-pura mahu membeli rokok sebelum mengambil telefon bimbit yang ada di dalam laci.

Sejurus menyedari telefon bimbitnya diambil, mangsa cuba menarik baju tertuduh dan meminta dipulangkan kembali telefon bimbitnya itu namun tidak diendahkan sebelum dia melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit dan tertuduh kemudian ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di tepi jalan Kampung Banggol Air Lilih

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis