Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 27, 2012

Bunga bangkai mekar pada Hari Krismas

 MELBOURNE - Sekuntum bunga bangkai atau nama saintifiknya, Titan Arum mekar sepenuhnya pada Hari Krismas di Taman Botani Diraja di sini, lapor akhbar dalam talian Daily Telegraph semalam
.
Media berkenaan melaporkan, orang ramai mempunyai masa cuma 48 jam untuk melihat bunga itu sebelum tumbuhan tersebut layu dan mati.
"Saya dapat menghidu bau bunga itu walaupun berada di luar rumah kaca taman botani ini," kata koordinator tapak semaian taman botani berkenaan, David Robbins.
Berukuran setinggi 1.8 meter, Titan Arum mengeluarkan bau busuk seperti mayat reput.
Tumbuhan yang berada dalam keadaan dorman dari satu hingga tiga tahun sebelum berbunga itu merupakan yang pertama di negeri Victoria.
Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis