Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 11, 2012

Budak istimewa punyai 12 jari kaki


KUALA KRAI - Biar pun dinamakan sempena nama Osama bin Laden, seorang kanak-kanak dari Kampung Slow Machang,, tidak kenal siapa pemilik nama itu yang pernah dianggap sebagai wira umat Islam kerana berani menentang Amerika Syarikat (AS)
.Osamah Laden Maliki, 10, berkata, dia hanya pernah beberapa kali melihat gambar Osama di dada akhbar, malah sekali sekala disindir rakan kerana nama itu namun tidak kenal siapa individu terbabit.
“Kadang-kadang saya tengok gambar dia (Osama) keluar di televisyen dan ada berita pasal perang tetapi tak tahu siapa dia sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chin Chui, Tangkak, Johor kerana mengikut bapanya bekerja di negeri itu, ditemui pada majlis berkhatan anjuran Puteri dan Biro Penerangan Umno Bahagian Kuala Krai yang disertainya.

Osamah Laden berkata, walaupun tidak kenal Osama, dia suka dengan nama itu kerana berbeza dengan orang lain dan percaya ayahnya ada sebab sendiri untuk menamakannya dengan nama lelaki terbabit.

“Saya pun berbeza dengan orang lain dan ada keistimewaan juga,” katanya sambil menunjukkan kedua-dua kakinya yang mempunyai dua ibu jari, menjadikan kakinya ada 12 jari.
Datuk kanak-kanak itu, Daud Mat San, 63, pula berkata, selain Osamah Laden, seorang lagi cucunya dinamakan seiras nama bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
“Dulu cucu saya dinamakan Osamah Laden sebab masa dia lahir, dunia kecoh dengan berita Osama dan adik dia pula dinamakan Muhammad Ghadafi seiras nama bekas pemimpin Libya,” katanya.
Menurutnya, dua lagi adik beradik Osamah Laden dan Muhammad Ghadafi bagaimana pun mempunyai nama biasa iaitu Muhammad Aidil Putra dan Sofea, 11.
“Sekarang Osamah Laden dan Muhammad Ghadafi masih kecil dan tak tahu apa-apa tetapi bila besar nanti, saya percaya mereka akan kenal siapa di sebalik nama mereka,”
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis