Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 21, 2012

Buaya tembaga ancam pendudu

KUCHING – Seramai 2,000 penduduk di Taman Semariang Aman di sini hidup dalam ketakutan berikutan tiga ekor buaya tembaga kerap muncul di Sungai Lubak Bodoh sejak seminggu.
Meskipun tiada kes serangan reptilia lebih empat meter itu terhadap masyarakat setempat setakat ini namun kehadiran haiwan itu tetap menjadi ancaman.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Dendy, 44, berkata, dia sering melihat kelibat sang bedal itu ‘bermain-main’ di tepi sungai berkenaan terutamanya ketika air pasang dan surut.
Lebih menarik, ceritanya, dia pernah ternampak seekor buaya melompat keluar dari permukaan sungai ketika cuba memakan umpan daging yang diikat oleh pemancing pada sebatang kayu.
“Saya tidak menjangkakan perkara seperti ini berlaku. Pada mula saya tidak dapat percaya namun buaya itu berada begitu hampir dengan saya.
“Jadi, apa yang kita bimbang adalah keselamatan kaki pancing dan kanak-kanak yang gemar memancing di tepi sungai berkenaan khususnya pada musim cuti sekolah ini,

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis