Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 11, 2012

Bayi cacat selepas kemalangan di Kilometer 185.4, Lebuh raya Pantai Timur

 KUANTAN – “Sukar untuk menerima kenyataan anak yang saya lahirkan sempurna kini disahkan lumpuh seumur hidup. Anak pertama yang merupakan harapan kami kini berdepan dengan masa depan yang kelam,” kata Ana Ali, 29, ibu kanak-kanak malang Nur Aini Satirah Sari, setahun yang disahkan hilang upaya akibat kemalangan 30 Januari lalu.
Mengimbas kembali nahas tersebut, tiga beranak dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Tahun Baru Cina di Kampung Sungai Soi  terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebaik sahaja tiba di Kilometer 185.4, Lebuh raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran

Sebuah kereta berkenaan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan secara mengejut sebelum kereta Proton Wira dipandu suaminya dirempuh dari belakang mengakibatkan berpusing beberapa kali.

Menurutnya, selepas kereta dinaikinya berhenti, dia yang terpaksa menahan kesakitan keluar daripada kenderaan untuk mencari anak sulungnya (ketika itu berusia tujuh bulan) yang dikatakan `ghaib’ secara tiba-tiba sebelum menemui mangsa terbaring dalam longkang sambil berlumuran darah di kepala.

“Saya terpaksa menggagahkan diri ketika menahan sakit sebaik saja melihat Nur Aini terbaring dan meraung dalam longkang berkenaan dan bergegas mengangkatnya sebelum dibantu orang awam yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Selepas kejadian terbabit, Nur Aini koma selama tiga bulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menyebabkan saya terpaksa `berkampung’ di HTAA untuk menjaganya sebelum dibenarkan pulang sembilan bulan kemudian,” katanya.

Ana berkata, lebih mengejutkan lagi, dia mendapati terdapat perubahan pada raut wajah serta tubuh anaknya itu sebelum dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa harapan untuk melihat anaknya pulih sepenuhnya tipis.

Melihat dari segi keadaan fizikal badan, anaknya langsung tidak dapat berdiri kerana tulang belakang bersama kedua-dua kaki menjadi lembut kecuali hanya kedua-dua tangan saja dapat bergerak namun tidak dapat menggenggam objek yang dipegang.

Katanya, sejak kejadian itu, anaknya yang hanya mampu terbaring sepanjang masa turut disahkan mengidap jangkitan kuman dalam paru-paru selain sering diserang demam.

“Dua bulan sekali Nur Aini akan dihantar ke HTAA untuk mendapat rawatan akibat jangkitan penyakit itu dan pada masa sama saya kini sedang berusaha memohon Kad OKU untuk Nur Aini.

“Tambahan pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali saja memberi bantuan berbentuk kewangan berjumlah RM200 dan pendapatan suami kini sudah bekerja di sebuah kilang, belum tentu mencukupi untuk menampung belanja Nur Aini yang hanya bergantung kepada susu sahaja untuk teruskan hidup,” katanya.

Menurutnya, apa yang amat mengecewakan keluarganya, pemandu yang bertanggungjawab dalam kejadian terbabit seperti melepas batuk di tangga apabila bukan saja enggan menghantar mangsa ke HTAA malah langsung tidak menziarahi anaknya.

Ana berkata, bagi menyelesaikan masalah selain mahu menuntut pembelaan, dia bersama suaminya sudah mendapatkan khidmat peguam yang kedua selepas peguam pertama terpaksa menarik diri.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis