Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 22, 2012

Bayi 18 bulan nyaris maut


TAMPIN – Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 18 bulan terselamat dari maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka sempat mengelak dari bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 25, Jalan Tampin-Gemas,
petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 petang itu, bayi berkenaan, Rayyan Norarwin yang dipangku ibunya, Nor Yasme Yahya, 26, di bahagian tempat duduk hadapan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata, ketika kejadian, bapa bayi berkenaan, Norarwin Jumian, 34, yang memandu Toyota Vios sempat mengelak dari bertembung dengan pacuan empat roda yang tiba-tiba masuk dari arah bertentangan.

“Akibatnya sebelah kiri kereta berkenaan dan pacuan empat roda jenis Hilux  remuk.  Tiga beranak berkenaan kemudiannya dikejarkan ke KK Gemencheh dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Bagaimanapun, penumpang tempat duduk hadapan pacuan empat roda berkenaan, M. Ramesh, 30, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala dikejarkan ke Hospital Tampin (HT) bagi rawatan lanjut.

"Pemandunya, A. Ganess, 31, mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan turut dikejarkan ke HT,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang pacuan empat roda berkenaan yang duduk di bahagian belakang, S. Partheeban, 20, berkata, ketika kejadian dia tertidur dan hanya tersedar sebaik sahaja terdengar bunyi dentuman.

“Bila sedar-sedar sahaja saya lihat pak cik saya yang memandu kenderaan dan rakannya di sebelah sudah mengalami kecederaan parah.  Malah, orang ramai juga sudah mulai mengerumuni lokasi kemalangan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana seingat saya kami dalam perjalanan pulang dari Tampin ke Gemencheh selepas selesai menukar tayar baru pacuan empat roda ini,”
Sumber : mStar

No comments:

Post a Comment

ShareThis