Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 31, 2012

Bas diserang, 20 jemaah Syiah Pakistan maut


ISLAMABAD - Seramai 20 jemaah Syiah terbunuh manakala 25 yang lain cedera apabila bas mereka naiki diserang dan diletupkan ketika melalui wilayah barat daya Pakistan, Balochistan, semalam
.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya daerah Mastung, Tufail Baloch, militan menyasarkan tiga bas dinaiki jemaah Syiah di kawasan Dringarh.

Sebuah bas musnah dalam serangan manakala dua yang lain mengalami kerosakan.

Bas berkenaan membawa jemaah dari Quetta ke Iran.

Pihak berkuasa mendakwa yang letupan telah dikawal dari jauh.

Puak Syiah merupakan puak minoriti dan anggota masyarakat itu sering mengalami penganiayaan dari pelampau.
Pada 24 November lalu, Taliban Pakistan mendakwa bertanggungjawab ke atas letupan yang mengorbankan tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak semasa perarakan agama Syiah.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis