Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 17, 2012

Bapa rayu anak pulang

 IPOH – Seorang bapa merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak 10 hari lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga kerana bimbang dengan keselamatan anak gadisnya itu.
Gunawan Hassan, 39, berkata, anak sulungnya, Norafifah, 20, yang juga seorang jurujual di sebuah kedai pakaian kali terakhir dilihat keluar untuk bekerja di Terminal Aman Jaya di sini, pada 5 Disember lalu.

Menurutnya, dia bingung dengan sikap anak gadisnya itu yang disangkanya keluar bekerja sedangkan dia sudah berhenti kerja sehari sebelum menghilangkan diri.

“Afifah baru sebulan bekerja di kedai berkenaan dan dihantar menaiki motosikal oleh adiknya, Mohd Hafiz, 18. Pada hari kejadian, Hafiz menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Afifah yang memberitahu supaya tidak mengambilnya di tempat kerja.

“Hafiz yang pelik permintaan kakaknya itu tetap menunggu di luar kedai berkenaan. Selepas beberapa jam, Afifah didapati tidak muncul dan pekerja kedai itu memberitahu bahawa kakaknya telah letak jawatan,” katanya.

Gunawan berkata, selepas anaknya itu masih tidak pulang ke rumah, beberapa ahli keluarga cuba mencari remaja tersebut di rumah rakan-rakan dan beberapa kawasan sekitar namun, gagal.

“Usaha menghubunginya juga turut gagal apabila taliannya tidak aktif. Pelbagai SMS dihantar tetapi dia juga tidak balas. Sehingga kini, Afifah masih belum menghubungi kami.

“Kami tidak mengetahui punca dia menghilangkan diri kerana tiada perselisihan faham malah, tidak pasti sama ada dia mempunyai teman lelaki atau tidak, dia merupakan seorang anak yang pendiam,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis