Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 20, 2012

Anak kambing dibaham ular

ALOR GAJAH - Misteri kehilangan anak kambing milik seorang penternak akhirnya terjawab apabila dia menemui seekor ular sawa kekenyangan berdekatan kandang kambing miliknya di Kampung Ulu Sungai Buloh, Simpang Ampat,  petang kelmarin.


Difahamkan, kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu disedari Mohd Aznan Shah Md Darus, 28, ketika hendak memberi makan kepada 50 kambing ternakannya sebelum terpandang objek bergerak di sudut pagar kandang berkenaan.

Menurutnya, dia yang bertugas sebagai pembantu kesihatan Pejabat Kesihatan Alor Gajah pulang ke rumah kira-kira 1 petang masuk ke bahagian bawah kandang untuk memberi makan seperti kebiasaan.

“Apabila masuk sahaja di tingkat bawah kandang, saya sedar seekor anak kambing betina berusia enam bulan sudah hilang sebelum memerhati sekeliling kerana pintu kandang berkunci rapat,” katanya

di sini, semalam. Mohd Aznan berkata, ketika itu dia terpandang objek bergerak-gerak di penjuru pagar dawai kandang berkenaan dan menyangka ada biawak yang tersesat sebelum mendekatinya.

"Namun saya terkejut melihat objek itu adalah seekor ular sawa yang sudah kekenyangan. Ular itu cuba menyusur mengikut celahan pagar dawai tetapi gagal akibat kekenyangan.

"Saya segera memaklumkan kepada jiran berdekatan yang pada mulanya mengambil keputusan untuk menembak ular itu tetapi saya menghalangnya sebelum mendapatkan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya.

Katanya, selama empat tahun menternak kambing, ini kali pertama ular sawa memasuki kandang dan memakan anak kambing ternakannya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Mohd Faisal Ahmad berkata, setiba di lokasi kejadian mendapati kepala ular sawa berkenaan sudah keluar dari pagar dawai kandang terbabit namun tersekat di tengah badan.

“Dengan keadaan badan yang sudah berat dan kekenyangan ular sawa berkenaan gagal menyusur keluar untuk masuk ke dalam semak berdekatan sebelum berjaya ditangkap.

"Ular sawa sepanjang dua meter dibawa balik ke JPAM Alor Gajah sebelum ular berkenaan memuntahkan semula anak kambing betina yang ditelan sebelum dilepaskan kembali ke habitatnya," katanya ketika ditemui, semalam.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis