Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 24, 2012

90 maut dibom ketika beli roti

 BEIRUT 24 Dis. - Berpuluh-puluh penduduk maut dan ramai lagi cedera apabila tentera kerajaan melancarkan serangan udara ke arah orang ramai yang sedang beratur untuk membeli roti di sebuah kilang di wilayah Hama, tengah Syria, semalam.

Jumlah mereka yang terbunuh dalam serangan udara itu masih belum dapat dipastikan dengan Reuters meletakkan angka korban sebanyak 90 orang, manakala AFP pula sebanyak 60 orang.
Jika jumlah korban itu disahkan, serangan udara ke atas kilang roti di Halfaya, wilayah Hama itu, bandar yang telah ditawan pemberontak pada minggu lalu, merupakan antara insiden keganasan terburuk sepanjang konflik di Syria.
Satu rakaman video menunjukkan, berpuluh-puluh mayat berlumuran darah bergelimpangan di jalan raya bersama sisa-sisa runtuhan bangunan, manakala beratus-ratus lagi cedera.
"Ketika saya sampai di tempat kejadian, saya melihat timbunan mayat, termasuk wanita dan kanak-kanak bergelimpangan di atas tanah dengan berpuluh-puluh yang lain cedera," kata Samer al-Hamawi, seorang aktivis di bandar Halfaya melalu Skype.
Penduduk di Halfaya memberitahu Reuters, mereka menganggarkan kira-kira 90 orang maut.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia pula meletakkan angka korban seramai 60 orang maut dalam serangan itu.
Pengarahnya, Rami Abdel Rahman berkata, angka korban masih tidak jelas, tetapi berdasarkan video itu mungkin lebih 50 orang tetapi tidak melebihi 100 orang.
"Buat masa ini kami meletakkan angka korban sebanyak 60 orang, tetapi jumlah itu mungkin akan meningkat ekoran 50 daripada mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal," ujarnya.
Menurut Hamawi, lebih 1,000 orang beratur di kilang tersebut untuk mendapatkan roti selepas berlaku kekurangan bekalan bahan api dan tepung yang menjejaskan pengeluaran roti di seluruh negara ini.
"Kami tidak menerima tepung sejak tiga hari lalu jadi semua orang pergi beramai-ramai ke kilang itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak," katanya.
Sementara itu, kira-kira 700 pelarian Palestin di Syria terbunuh sejak tercetusnya konflik berdarah di negara itu lebih 21 bulan lalu, termasuk di kem Yarmuk, menurut pegawai daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang bertanggungjawab tentang hal ehwal pelarian, Zacharia al-Agha.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis