Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 3, 2012

3 maut pada hari jadi kawan

ne_06.1

SEPANG – Kegembiraan 11 pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk bergambar kenangan di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan sempena hari jadi seorang rakan bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Salak berhampiran Pekan Sungai Pelek semalam

Dalam kejadian pukul 5 pagi, tiga mangsa yang terbunuh ialah Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, Ahmad Fikri Mohd. Salihudin, 21, dan Muhammad Izuanuddin Mohd. Ashari, 21.

Hilman dan Ahmad Fikri mati di tempat kejadian manakala Izuanuddin pula mati di Klinik Kesihatan Sungai Pelek akibat cedera di dada.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh merupakan pelajar tahun dua jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pembinaan Mesin dan Penyelenggaraan) di UniKL kampus cawangan Tras Jernang, Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu, Mohammad Faizullah Malik cedera parah tetapi berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Serdang.

Sebelum kemalangan, 11 pelajar UniKL itu berkonvoi dengan tiga buah kereta dari Putrajaya menuju ke Port Dickson bagi meraikan hari jadi salah seorang daripada mereka.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis