Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 20, 2012

10 warga Indonesia mati lemas

 KOTA TINGGI – Sepuluh warga Indonesia ditemui mati lemas apabila bot pancung yang dinaiki dipercayai karam di pantai Teluk C, Bandar Penawar  petang semalam
.
Kesemua mangsa masing-masing terdiri daripada empat lelaki dan enam wanita itu ditemui terdampar di tepi pantai Teluk C dan di sebuah kolam udang berdekatan oleh penduduk kampung berhampiran.
Hanya dua mangsa yang ditemui dikenali iaitu Ahmad Marwin Ajmain Amrulla, 33, dan Norhasanah Nafi, 14, yang bertaraf penduduk tetap (PR), manakala lapan mangsa yang lain tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Difahamkan dua daripada mangsa dalam keadaan sarat mengandung dan sehingga malam tadi polis masih menjalankan gerakan mencari kerana ada lagi mangsa yang belum ditemui.
Bot yang membawa 15 penumpang warga Indonesia itu dikatakan berlepas Isnin lalu dari Bandar Penawar melalui laluan haram menuju ke Batam, Indonesia sebelum karam lima kilometer dari lokasi mereka berlepas.

No comments:

Post a Comment

ShareThis