Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, November 27, 2012

Warga emas maut, anak cedera dalam nahas di Kilometer 6 Jalan Karak-Bentong

image (1)

BENTONG – Niat seorang warga emas dan anak lelakinya untuk membeli barangan di pasar minggu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan kira- kira jam 8 pagi

Dalam kejadian itu, mangsa, Hon Kai Lan, 58, dan anaknya, Lee Sai Hong, 25, menaiki kereta Myvi dalam perjalanan dari arah Karak ke Bandar Bentong. di Kilometer 6 Jalan Karak-Bentong melibatkan sebuah kenderaan Hilux Jabatan Perhilitan dengan kenderaan dinaiki mangsa.

sebaik tiba di tempat kejadian, Hilux yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun dari arah Bentong ke Karak dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Ia kemudian bertembung dari arah hadapan dengan kenderaan yang dipandu Sai Hong.
“Akibat kejadian itu, Myvi dipandu Sai Hong berpusing dan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan
menyebabkan Kai Lan terhentak di bahagian hadapan kenderaan dan disahkan mati semasa menerima rawatan di Hospital Bentong akibat parah pada kepala.

Sai Hong pula mengalami kecederaan di bahagian dada dan dihantar menerima rawatan ke Hospital Serdang manakala pemandu Hilux hanya cedera ringan.
Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis