Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, November 9, 2012

Tiga cedera bas rempuh lori di kilometer 312.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara

image

TAPAH - Detik cemas menyelubungi 37 penumpang bas ekspres apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh serta melekat pada bahagian belakang sebuah lori membawa muatan amang dalam kemalangan di…..

kilometer 312.2 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.

Rempuhan berkenaan turut menyebabkan tiga penumpang bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang itu mengalami cedera ringan pada beberapa bahagian badan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Keliaw memaklumkan lori terbabit dalam perjalanan menghala arah utara dirempuh dari belakang oleh bas ekspres berkenaan sebaik tiba di tempat kejadian.

"Bas yang dipandi lelaki berusia 37 tahun itu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan. Seorang penumpang wanita dan dua lelaki berusia antara 18 hingga 39 tahun cedera pada bibir dan kaki.

"Mereka telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan pesakit luar, manakala pemandu bas dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Som Sak tidak menolak kemungkinan pemandu bas ekspres itu mengantuk ketika memandu dan memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan mempunyai rekod lampau memabitkan tujuh saman kesalahan kerana melanggar had laju.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis