Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, November 20, 2012

Tidak sempat terima rawatan–Kemalangan di Kolimeter 5, Jalan Meru

image

MERU – “Mangsa berlumuran darah atas jalan dan ramai yang hendak membantu tetapi bila didekati, mangsa sudah tidak bernyawa, “ demikian kata penunggang motosikal dikenali sebagai Fuad, 26, ketika melihat mangsa kemalangan jalan raya, di Kolimeter 5, Jalan Meru, ..

Fuad berkata, dalam keadaan hujan renyai,  ada orang awam yang cuba membantu mangsa turut menghubungi ambulans supaya rawatan lanjut diberikan.
“Namun, mangsa tidak sempat mendapatkan rawatan dan meninggal dunia sebelum ambulans tiba ke lokasi kejadian.
“Dalam pada itu, laluan dari arah Meru ke Klang bertukar sesak apabila masing-masing memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian berkenaan,” katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 11.15 pagi itu, mangsa warga Indonesia maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas sebelum tercampak ke jalan raya.
Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda itu berusia 42 tahun berdasarkan dokumen peribadi yang ditemui bersamanya.
“Mangsa yang menunggang motosikal ke Klang itu dipercayai hilang kawalan dan tercampak sejauh beberapa meter.
“Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis