Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, November 16, 2012

Suami isteri nyaris maut, treler tangki minyak langgar kenderaan dinaiki

image (3)

ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri nyaris maut apabila kereta Proton Saga Aeroback yang dinaiki mereka dilanggar sebuah treler tangki minyak di Lebuh Ayer Keroh-Melaka-Jasin (AMJ), Sungai Petai ….

, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kereta dipandu, Suzana Mohd Said, 32, dari Paya Datuk menuju ke bandar Melaka sebelum dilanggar sebuah treler yang dipandu Mohd Firdaus Md Aris, 29, dari arah sama.

Perlanggaran itu mengakibatkan kereta dinaiki pasangan terbabit berpusing beberapa kali dan menghala semula ke Paya Datuk sebelum pintu sebelah pemandu dirempuh treler berkenaan.
Suzana berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke bandar Melaka untuk membeli barang berniaga bersama suaminya, Mohd Fauzi Abd Malik, 35, apabila bahagian belakang keretanya dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah treler.
“Ketika itu, saya memandu perlahan di laluan kiri dan tiba-tiba ada sebuah treler memasuki laluan saya sebelum melanggar bahagian belakang  menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan.

“Berdebar-debar apabila kereta berpusing beberapa kali di tengah jalan raya sebelum treler itu merempuh bahagian tepi kereta sebelah saya,” katanya.
Katanya, bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku, dia bersama suaminya keluar melalui pintu sebelah penumpang sebelum dibantu penduduk.

Saksi berkata, dia yang berada di luar rumahnya melihat treler tangki minyak itu kelihatan terhuyung-hayang untuk memotong.
“Pemandu treler itu cuba mengelak daripada merempuh kereta berkenaan, namun gagal,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis