Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, November 1, 2012

Silap ragut Telefon Bimbit polis

gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang peragut melarikan telefon bimbit milik seorang anggota polis membawa padah apabila dia berjaya diberkas, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek berusia 30-an menunggang motosikal terjatuh selepas dikejar kira-kira
satu kilometer oleh anggota polis terbabit yang turut menunggang motosikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Tuah Masrom berkata, suspek menaiki motosikal melawan arus namun terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta.
“Ketika kejadian, anggota polis lelaki itu yang hanya berpakaian preman sedang membuat panggilan telefon di tepi jalan sebelum suspek tiba-tuba muncul dan merampas telefon bimbit yang dipegangnya,” katanya.
Suspek kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan mendapati suspek dalam keadaan khayal dipercayai mengambil dadah jenis syabu.

No comments:

Post a Comment

ShareThis