Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, November 26, 2012

Remaja maut kemalangan di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bharu

147077_475

KUALA ROMPIN – Seorang remaja Orang Asli maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Simpang Selendang , malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, Lee Kam Yew, 19, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia semalam di hospital itu.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu 8, Pontian menuju Kuala Rompin.
“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok menuju Ke Kuala Rompin, sementara pemandu kereta itu dipercayai datang dari Kuala Rompin menuju ke Felda Selendang,” katanya kepada Sinar Harian.
Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tiba di simpang masuk ke Jalan Selendang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian pintu kiri kereta tersebut hingga menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal yang ditungganginya.
“Dalam kejadian itu, pemandu kereta dipercayai cuba masuk ke simpang sebelah kanan bagaimanapun, penunggang motosikal yang berada tidak jauh dari arah kereta itu tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta itu,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis