Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, November 27, 2012

Remaja maut dilanggar lari di Bukit Rambai menghala ke Ayer Salak

image (2)

MELAKA TENGAH - Niat seorang remaja untuk membantu ibu bapanya memasak di warung tidak kesampaian apabila dia maut dilanggar dua kenderaan di Jalan Bukit Rambai.

jam 8.50 malam, mangsa Nur Afiqah Sarip, 16, tahun dilanggar sebuah kereta yang tidak dikenali sebelum tercampak dan dilanggar sebuah lagi kereta dari arah bertentangan beberapa meter dari warung.

Nur Afiqah yang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Bukit Rambai menghala ke Ayer Salak meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya Hasyimah Sarip, 15, yang membonceng motosikal berkenaan cedera ringan.

Bapa mangsa, Sarip Baharom, 50, berkata, Nur Afiqah yang tidak lagi bersekolah sebelum kejadian bersama adiknya dalam perjalanan dari rumah di Jalan Haji Omar, di sini ke warungnya untuk memasak sebagai persediaan berniaga keesokan hari.

“Kedua-duanya keluar rumah selepas Isyak sebelum saya menerima panggilan dari Hasyimah yang memberitahu mereka terlibat dalam kemalangan hadapan warung dan arwah cedera parah.

anak ketiga dari enam beradik itu seorang periang dan suka bergurau dengan ibu bapa dan adik-beradiknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa datang dari arah lampu isyarat Bukit Rambai menghala ke Ayer Salak dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftaran dari arah sama.
“Mangsa dilanggar lari sebuah kereta dari arah sama hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal bapanya terjatuh di laluan bertentangan lalu dilanggar sebuah lagi kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun.

“Lelaki berkenaan yang dipercayai menetap di Paya Mengkuang, Bukit Rambai memandu dari arah Ayer Salak menuju lampu isyarat Batang Tiga bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Salehhudin berkata, dalam sebuah kes berasingan, seorang pegawai penjara turut maut selepas kereta yang dipandu sepupunya berusia 30-an terlibat kemalangan di Lebuh SUngai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) pada jam 11 malam kelmarin.

“Mangsa Mohd Hanafiah Abd Wahab, 25, disahkan meninggal dunia pada jam 11.25 malam di HM selepas terlibat kemalangan di hadapan Simpang Taman Sri Bertam, Lebuh SPA membabitkan dua buah kereta,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis