Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, November 12, 2012

Pilu sambut Deepavali, seorang maut, 3 parah

image

KAMPAR – Kegembiraan 10 sekeluarga menyambut perayaan Deepavali di Ayer Tawar, esok, bertukar duka apabila kereta dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 299.9, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) berhampiran Gopeng, semalam….

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa, A Kusulakumary, 57, yang duduk di bahagian belakang maut di tempat kejadian setelah tercampak keluar dari kenderaan.
Kemalangan juga menyebabkan empat yang lain parah iaitu adik mangsa, A Subramaniam, 53, anak mangsa, Kalaivany, 24, K Devigi, 46, bersama anak perempuannya, Srivina, 12, semua mereka di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Toyota Avanza dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Ayer Tawar.
Menurutnya, dipercayai tayar kanan di bahagian belakang kenderaan itu pancit sebelum hilang kawalan.
“Kereta itu terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali menyebabkan bahagian kanan kenderaan remuk teruk. Akibat pelanggaran itu, seorang wanita duduk belakang mati di tempat kejadian berikutan cedera parah di beberapa bahagian badan.
“Pemandu pula patah paha kanan dan tiga yang lain cedera parah. Anggota Bomba dan Penyelamat  Gopeng dipanggil untuk membantu mengeluarkan pemandu yang tersepit dan dihantar ke HRPB,” katanya.
Bagaimanapun, lima ahli keluarga lain termasuk dua kanak-kanak berusia tujuh dan dua tahun selamat dan dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Tinjauan Sinar Harian di HRPB, mendapati Subramaniam kini ditempatkan di Wad Ortopedik manakala, Kalaivany dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Wad Kecemasan.
Difahamkan Devigi pula patah bahu dan anaknya, berusia 12 tahun hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian mulut.
Nahas ragut meriah Deepavali
“Deepavali kali ini tidak bermakna bagi kami sekeluarga apabila ibu saya pergi buat selamanya,” kata anak mangsa, Suresh Krishnan, 29, yang sedih menerima khabar ibunya, Kusulakumary yang terlibat dalam kemalangan, awal pagi, semalam.
Katanya, ibunya bertolak dari Taman Universiti, Skudai, Johor  kira-kira jam 10 malam bersama bapa saudara, Subramaniam, adik perempuan, Kalaivany dan anggota keluarga lain untuk pulang ke kampung halaman.
“Sebelum bertolak, ibu sempat menghubungi dan meluahkan rasa gembira untuk pulang ke kampung dan tidak sabar untuk membuat persiapan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Kampar, di sini.
Suresh berkata, kejadian itu seolah-olah mimpi apabila dia menerima panggilan dari polis yang memaklumkan tragedi itu kira-kira jam 5 pagi.
“Kami bergegas datang ke sini setelah dimaklumkan ibu bersama ahli keluarga lain terbabas dan melanggar besi pengadang jalan dan ada di antara mereka tercampak keluar.
“Saya sedih kerana semua persiapan untuk perayaan Deepavali sudah disiapkan,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis