Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, November 9, 2012

Kanak-kanak enam tahun maut dirempuh van di Kilometer 37.7 Jalan Sungai Petani Baling

image (1)

BALING - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 37.7 Jalan Sungai Petani Baling kira-kira 6.20 petang,….

Mangsa, Mohd Zul Ikmal dari Kampung Keda Kledang maut di tempat kejadian setelah basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah van.

Anak ketiga dari lima beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar mencari ikan bersama abangnya di kawasan berdekatan rumahnya itu.

Menurut saksi kejadian, mangsa cuba melintas jalan, namun gagal sebelum dirempuh oleh sebuah van yang datang dari arah Baling-Sungai Petani.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sehingga mengakibatkan kematian.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis