Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 1, 2012

Hilux terbalik elak kambing di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan

image (6)

MARANG – Seorang pemandu dan empat penumpang berdepan detik mencemaskan apabila pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terbalik selepas mengelak kambing yang melintas di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan semalam

Kejadian di Gong Balai kira-kira 7.30 pagi itu, menyebabkan tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu, Kelantan itu cedera manakala pemandu dan seorang lagi penumpang terselamat.
Pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Roseli Ismail, 53, ketika ditemui berkata, kejadian berlaku apabila dia cuba mengelak beberapa ekor kambing yang melintas dari kanan ke kiri jalan, tetapi gagal untuk mengawal kenderaan selepas itu.
Menurutnya, kejadian menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sebatang pokok dan terbalik, sebelum kesemua mereka dikeluarkan dari kenderaan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
“Kami jarang melalui laluan ini kerana biasanya mengikut laluan Jerangau Jabor di Dungun tetapi kerana sudah lama tidak ke Bandaraya Kuala Terengganu saya mengambil keputusan untuk mengikut laluan ini untuk ke Kota Bharu, Kelantan.
“Masa kenderaan ini terbalik, kami dikeluarkan orang ramai yang berada di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu,” katanya.
Roseli yang kemudiannya membuat laporan polis mengenai kemalangan yang menimpa mereka di Balai Polis Merchang di sini berkata, kesemua penumpang termasuk kanak-kanak itu adalah ahli keluarga penumpang yang merupakan rakan-rakannya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis