Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 1, 2012

Dua beranak maut digilis lori pasir di Jalan Masjid Negeri

image (2)

GEORGETOWN - Hasrat seorang warga emas dan anak lelakinya untuk menikmati sarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor,tidak kesampaian apabila maut digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri pagi, semalam

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya, Noor Rashid Abdul Rahim, 38, dikatakan dalam perjalanan ke Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor untuk bersarapan bersama.
Dipercayai dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum digilis lori berkenaan.
Difahamkan, Abdul Rahim sebelum itu menjemput Noor Rashid, yang baru selesai bertugas syif malam sebagai pengawal keselamatan di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Abdul Rahim hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya.
Beliau berkata, sebuah lori yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis mereka sehingga topi keledar yang dipakai turut hancur.
“Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan teruk, malah kepala serta separuh badan mereka hancur digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir.
“Mayat mereka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis