Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, November 16, 2012

Dakwa mata masuk habuk punca rempuh polis

image (4)

GEORGETOWN - Polis masih menjalankan siasatan kes seorang anggota trafik dirempuh penunggang motosikal di Kilometer 127.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara Sungai Dua-Butterworth, Isnin lalu…

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, walaupun penunggang motosikal itu mendakwa matanya masuk habuk menyebabkannya gagal mengawal sebelum melanggar anggota trafik yang sedang bertugas, polis tetap menyiasat secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan lanjut.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, penunggang terbabit didapati merempuh Lans Koperal Abu Taib Shariff, 23, ketika itu sedang mengambil tindakan saman terhadap seorang pemandu kereta di laluan kecemasan.
“Dalam kes ini, anggota kita mengambil tindakan saman ke atas sebuah kereta di lorong kecemasan. Lorong ini hanya boleh digunakan untuk kecemasan tetapi kita tidak tahu kenapa penunggang motosikal menggunakan lorong ini.
“Saya ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar bertimbang rasa dan mengambil kira keselamatan pengguna lain lebih-lebih lagi penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas di jalan raya,” katanya kepada media selepas melawat
mangsa di sebuah hospital swasta di sini semalam.
Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang seorang lelaki secara tiba-tiba merempuh Abu Talib dan menyebabkannya melambung sejauh 30 meter ke tepi jalan.
Susulan insiden itu keseluruhan struktur tulang muka dan bahu kiri anggota berkenaan patah selain tulang rusuk di bahagian belakangnya retak.

Difahamkan anggota berkenaan berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di hospital itu untuk jangka masa yang lama berikutan kecederaan yang dialaminya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis