Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, November 30, 2012

Chef maut langgar pekerja Plus di kilometer 310,Lebuhraya Utara Selatan

12799_552001354817089_1923628793_n-565x270

SERDANG -  Gara-gara gagal mengelak seorang tukang sapu yang melintas berdekatan Lebuhraya Utara Selatan, seorang Chef di sebuah hotel terkenal di Subang Jaya, maut akibat terhumban daripada motosikal ditungganginya di kilometer 310, pagi, semalam…

Dalam kejadian itu, tukang sapu yang merupakan pekerja Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pula mengalami cedera parah dan masih mendapat rawatan di Hospital Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi itu, ketika mangsa, Muhamad Sulaiman, 41, menunggang motosikal di lebuh raya dari arah Seremban menuju ke Kuala Lumpur.
Katanya, berhampiran plaza tol Sungai Besi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dipercayai bertembung dengan seorang pejalan kaki yang juga adalah pekerja Plus.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang sendirian ke tempat kerja di Subang Jaya melanggar pejalan kaki menyebabkan dia terpelanting dan jatuh ke atas jalan.
“Akibat hentakan kuat terhumban dari motosikal, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
“Manakala pejalan kaki, warga Indonesia  yang masih belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah dan masih mendapat rawatan di Hospital Serdang,” katanya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis