Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, November 1, 2012

Cermin kereta Pengerusi KRT dipecah angkara dendam

Kenderaan milik Roziani dipecahkan individu tidak dikenali dipercayai bermotifkan dendam.

KUALA LUMPUR – Cermin kereta milik Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Projek Perumahan Rakyat (PPR), Beringin, Kepong, dipecahkan individu tidak dikenali, kelmarin.
Kejadian hanya disedari selepas mangsa, Che Roziani Ani, 46, ingin menggunakan kenderaan itu yang diletakkan di kawasan parkir Blok E itu kira-kira jam 2 petang.
Menurutnya, sehari sebelum kejadian dia ada menerima
panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali menyuruhnya menanggung hutang orang lain yang mengalami masalah kewangan.
“Saya tidak kenal orang yang menghubungi tetapi nama yang disebut menghadapi masalah kewangan itu saya kenal,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, lelaki itu mahu dirinya bertanggungjawab menanggung hutang individu terbabit, jika enggan dia akan berbuat sesuatu kerana tahu beliau tinggal di mana.
“Bila terima ugutan begitu saya terus buat laporan polis hari yang sama kerana bimbangkan keselamatan diri.
“Mungkin dia marah selepas dapat tahu saya buat laporan polis menyebabkan kereta saya jadi sasaran,” katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa kerugian ribuan ringgit selepas dua cermin bahagian kiri kereta Toyota Estima miliknya dipecahkan dipercayai menggunakan besi, bagaimanapun tiada barangan di dalam kereta yang dicuri.
Susulan itu, satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Jinjang berhubung kejadian dan beliau mahu polis memberkas suspek yang terlibat kerana keselamatan keluarganya kini terancam.

No comments:

Post a Comment

ShareThis