Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, November 8, 2012

Cebisan otak bertaburan

Mayat Mohd Nordin yang terbaring di atas jalan ditutup sebelum dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman.
KEMAMAN – Dua lelaki maut, sementara seorang lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan melibatkan kereta, van dan motosikal di Geliga, Chukai dan Perasing Jaya, Air
Putih, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam di Kilometer 157.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan
Taman Intan Geliga Besar, Mohd Nordin Mustaffa, 62, maut serta-merta di tempat kejadian setelah kepalanya pecah menyebabkan sedikit cebisan otak bertaburan atas jalan.

Sementara seorang penunggang motosikal, Suhaimi Ibrahim, 22, mengalami kecederaan.

Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku hanya beberapa meter di hadapan rumah mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ketika mangsa berjalan kaki mahu menyeberang jalan sebelum dirempuh sebuah Proton Wira.
Mohd Nordin
 Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 malam.

“Setakat ini pemandu van tampil membuat laporan namun pemandu kereta masih lagi belum berbuat demikian.
Suhaimi menunjukkan kecederaan yang dialaminya






"Kita minta pemandu berkenaan membuat laporan. Saksi kejadian juga diharap dapat menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik menerusi talian 0199517344 untuk membantu siasatan kes,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis