Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, November 20, 2012

Bunyi dentuman disangka mercun–Kemalangan di kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin,

image (1)

REMBAU – “Pada mulanya saya dan keluarga menyangka bunyi dentuman itu adalah mercun, namun sangkaan kami meleset apabila terdengar siren ambulans tidak berapa lama selepas itu….

”Kata seorang penduduk Kampung Miku Pindah, Norain Zaini, 21, antara yang terawal tiba di tempat kemalangan melibatkan dua kereta.
Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam itu, seorang lelaki berusia 30-an iaitu pemandu kereta Proton Iswara tersepit setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan kereta Proton Wira dari arah bertentangan di kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin,, malam kelmarin.
Mangsa tersepit dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Rembau yang tiba tidak lama  selepas itu.
Norain berkata, ketika itu, dia bersama ahli keluarganya yang lain sedang menonton televisyen.
“Memang pada mulanya, kami sekeluarga menyangka bunyi mercun sempena perayaan Deepavali seperti malam sebelumnya, namun bunyi kuat siren ambulans menyedarkan kami terdapat kemalangan di jalan utama.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, saya lihat seorang lelaki sedang menanggung kesakitan susulan kaki kanannya tersepit di dalam kereta, sementara seorang wanita lagi yang turut menaiki kereta berkenaan sudah keluar dengan bantuan penduduk,” katanya.
Katanya, kejadian itu adalah yang ketiga berlaku pada tahun ini di lokasi sama.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan itu dipercayai berpunca apabila kereta Proton Iswara dari arah Tampin gagal memotong kenderaan lain lalu bertembung dengan kereta Proton Wira.
Menurutnya, dalam kemalangan itu, hanya pemandu kereta Iswara sahaja yang mengalami  kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis