Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 1, 2012

Ajal bersama motosikal baru

image (3)

MELAKA - Kegembiraan seorang remaja menunggang motosikal baru dibeli Selasa lalu tidak bertahan lama apabila dia maut selepas kenderaannya itu merempuh belakang sebuah treler, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi di Lebuh AMJ, apabila mangsa, Ahmad Roskarnain Osman, 18,tercampak dari motosikal Kawasaki Ninja RR, lalu meninggal dunia.
Mangsa yang menaiki motosikal dibelinya hasil mengumpul wang gaji selama tiga bulan dipercayai gagal memotong treler berkenaan ketika di kawasan berhampiran Taman Semabok Perdana.
Rakan mangsa, Ahmad Ridzuan Mohd Arifin, 19, berkata, dia dan mangsa yang bekerja sebagai pembantu sebuah kafe baru selesai membeli barang di Batu
Berendam dalam perjalanan untuk minum bersama rakan-rakannya.
“Kami berpakat untuk minum di sekitar Alai dan dia (mangsa) yang menunggang motosikal kira-kira 100 meter di depan saya.
“Ketika sampai di tempat kejadian, dia yang berada di belakang sebuah treler di laluan tengah cuba memintas, namun ada motosikal lain di sebelahnya menyebabkan mangsa melanggar belakang kenderaan berat itu sebelum tercampak,” katanya.
Ridzuan berkata, dia tidak menyangka kejadian menimpa mangsa yang ternyata gembira selepas memiliki motosikal baru hasil titik peluh sendiri.
Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis